Logo Creative Society MASYARAKAT
KREATIF

masyarakat. peluang terakhir Persidangan video yang unik dalam sejarah manusia. Kebenaran yang disuarakan oleh seluruh dunia

Pada 11 Mei 2019, satu peristiwa unik berskala global berlaku di platform ALLATRA Pergerakan Awam Antarabangsa – sebuah persidangan video antarabangsa "MASYARAKAT. PELUANG TERAKHIR". Acara penting ini bermula di Atlanta, Georgia (AS)

"MASYARAKAT. PELUANG TERAKHIR" adalah persidangan global pertama dalam sejarah umat manusia, yang menyatukan dari pelbagai negara dari seluruh dunia dalam format komunikasi secara langsung. Ramai berkumpul di dewan- dewan persidangan di pelbagai bahagian di planet ini, dan secara serentak berhubung antara satu sama lain melalui Internet, untuk membincangkan secara terbuka dan jujur isu yang penting dan benar-benar terdesak dalam masyarakat kita sekarang.

Senarai negara peserta termasuk Amerika Syarikat, Ukraine, Rusia, Belarus, Switzerland, Republik Czech, Sepanyol, Slovakia, Emiriah Arab Bersatu, Kazakhstan, Jerman, Uzbekistan, United Kingdom, Moldova, Itali, Latvia, Kanada, New Zealand dan lain-lain lagi. Sukarelawan tanpa mengira warganegara, agama, profesion atau status sosial mereka, bersatu untuk pertama kalinya dalam sejarah manusia, dan secara terbuka menyuarakan kebenaran mengenai persoalan utama yang bersangkut paut dari seluruh tamadun: "Bagaimana kita, sebagai umat manusia, dapat mengubah vektor penkembangan masyarakat dari pemikiran pengguna dan menjadi masyarakat yang konstruktif dan kreatif?"

Gambaran Keseluruhan Video Ringkas Persidangan Antarabangsa Unik pada 11hb Mei 2019

Kata-kata yang menyatakan perasaan sebenar masyarakat antarabangsa mengenai format pengguna, yang hidup sekian lama, terdengar dengan jelas dan berani dari penutur: "Tiada sesiapa yang ingin membunuh siapapun, dan jelas bahawa tidak ada yang menginginkan kekerasan. Kita semua mahukan keamanan dan hubungan yang harmoni antara satu sama lain. Jadi mengapa kita terpaksa percaya bahawa ada musuh, dan kita mesti hidup dalam ketakutan dan kebencian? Tiada sesiapa yang mengadu. Yang mengadu tidak dapat memberi dari dompetnya sendiri atau menguasai kita, apatah lagi bahawa dompet itu adalah milik kita sendiri."

MASALAH GENTING DAN FORMAT YANG BELUM TERJADI SEBELUMNYA

Semua yang hadir bersetuju dengan format acara yang sungguh luar biasa yang belum pernah terjadi sebelumnya. Hampir semua ahli bercakap secara langsung dan dari kerusi mereka sendiri, menunjukkan penyatuan antara sukarelawan dan para tetamu yang hadir dari pelbagai komuniti dari seluruh dunia sebagai satu rumpun manusia. Setiap penceramah menyatakan pendapat dari ribuan peserta dan setiap wakil datang dari komuniti yang berbeza. Mereka dapat melihat satu sama lain di layar besar amfiteater dan pusat kongres. Masyarakat dari pelbagai bahagian planet dapat melihat satu sama lain dan berkomunikasi tanpa perantara!

Masyarakat awam menjawab dengan penuh kepekaan terhadap persoalan yang diajukan dari dewan persidangan yang berbeza. "Ini sebenarnya sesuatu yang menyakitkan untuk semua ! Tetapi kami gembira kerana kebenaran akhirnya disuarakan, tanpa hiasan politik dan permainan media. Ini menunjukkan bahawa kita, masyarakat manusia, kuat dalam kesatuan kita, dan kebaikan itu masih wujud di negara-negara yang berbeza!" — kata mereka yang hadir.

Beberapa masalah yang telah dibangkitkan di persidangan, "MASYARAKAT. PELUANG TERAKHIR", termasuk:

Bagaimanakah format masyarakat pengguna menjadi jalan buntu untuk perkembangan tamadun kita? Apa yang dapat kita lakukan, bersama-sama, untuk bergerak secara aman ke dalam format masyarakat kreatif, tanpa merugikan negara dan masyarakat, tanpa kerugian material kepada siapa pun?

Mengapa, pada abad ke-21, kita masih menghadapi masalah dunia seperti perang, konflik antarabangsa, diskriminasi antara kaum dan agama, jika rakyat dari negara-negara yang berlainan di dunia mahu mengutamakan perkara yang sama — kedamaian dan kehidupan yang bahagia?

Mengapa maklumat yang penting untuk membangun masyarakat kreatif, diputarbelitkan atau diabaikan secara global oleh media massa? Apa peranan media dalam masyarakat kreatif? Mengapa terdapat begitu banyak agama di dunia ini, tetapi tidak ada kemanusiaan dalam masyarakat? Sebagai contoh, mengapa Islam tidak diakui di dunia sedangkan, bagi umat Muslim, Islam adalah agama Cinta?

Siapa yang menciptakan "Jam Kiamat" untuk manusia, dengan tangannya sekarang pada dua minit hingga tengah malam, dan mempromosi di media dunia sebagai "faktor ketegangan" dalam situasi antarabangsa dan perlumbaan senjata nuklear? Mengapa tengah malam ditetapkan sebagai "kiamat dan kehancuran manusia sepenuhnya"?

Bagaimana kita dapat menyatukan golongan manusia yang muhibah? Ada jalan keluar! Bersama-sama kita boleh melakukannya dengan pelbagai cara!

Ini bukan permainan G20. Ini adalah masyarakat yang bebas dari negara berlainan di dunia yang berbicara kebenaran secara terbuka dan yang ingin hidup dalam satu keluarga manusia, di mana Keutamaanya adalah Keamanan, Kesadaran dan Kemanusiaan.

MENYATUKAN SEMUA MANUSIA DALAM MASA SATU TAHUN

Pada acara berskala besar ini, para pembicara mencadangkan agar semua manusia berkumpul dalam satu tahun, pada hari Sabtu kedua Mei, untuk menganjurkan persidangan dalam talian antarabangsa yang lebih besar lagi "MASYARAKAT. PILIHAN TERAKHIR 2020" #allatraunites, untuk bergabung seluruh dunia, dan menjemput wakil dan pemimpin dari semua negara:

"Hari ini adalah Sabtu kedua Mei. Dalam satu tahun, mari kita berkumpul dengan semua rakyat di dunia, mari kita berkumpul sebagai komuniti seluruh dunia, bersama dengan pemimpin dan pegawai kerajaan kita. Sekiranya pegawai kanan kerajaan terlalu malas untuk turun padang dengan rakyat biasa, tidak ada masalah, mereka boleh berhubung atas talian dari kerusi yang selesa di pejabat mereka. Melihat ke mata masyarakat seluruh dunia, walaupun melalui monitor, mereka dapat menjawab pertanyaan rakyat, kerana hari ini mereka adalah presiden, tetapi esok mereka akan menjadi rakyat biasa. Mari berkumpul untuk mengetahui sama ada pemimpin kita benar-benar mahu membunuh kita. Kami ingin bertanya, apa yang sebenarnya mereka lakukan kepada kami - adakah mereka menyelamatkan kami atau melakukan keganasan ke atas kami?"

Setiap daripada kita boleh melakukan banyak perkara untuk menjayakan acara seterusnya ini. Setiap individu dapat berusaha sedaya upaya untuk berkongsi maklumat mengenai persidangan yang akan datang dengan sebanyak mungkin orang sehingga semua orang dapat menyatakan kedudukan manusia mereka dan menyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat kreatif yang baru. Masyarakat seperti di mana setiap orang, yang berusaha untuk mencapai nilai-nilai kemanusiaan sejati, ingin hidup:

"Kita semua mahu hidup di dunia yang bagus dan baik. Sekiranya kita tidak membuatnya, siapa yang akan melakukannya? Mari berkongsi maklumat mengenai acara tersebut di media massa dan semua rangkaian sosial, lakukan terbaik dalam skala global. Ini adalah peluang terakhir, kita dapat membuang jam masa tersebut dan hidup bahagia. Tetapi jika kita memutuskan untuk tidak menggunakan kesempatan ini untuk bersatu, maka mengapa kita perlu menunggu dua minit terakhir berakhir? Kita hanya boleh menggerakkan tangan jam ke tengah malam sekarang. Masa depan dunia bergantung kepada kita. Dan kita memahami bahawa kita tidak dapat mempengaruhi perubahan iklim, tetapi kita dapat mengubah hubungan antara orang. Oleh itu, mari kita bertemu pada hari Sabtu kedua Mei tahun depan dan bersama-sama, pilih jalan untuk peradaban kita!"

RESONAN SEDUNIA #CREATIVESOCIETY

Persidangan unik, "MASYARAKAT. PILIHAN TERAKHIR", mendapat sambutan besar di seluruh dunia. Di banyak negara, orang tidak bersurai walaupun acara itu berakhir. Perbincangan dan rakaman komen video berlangsung hingga malam. Semua diperhatikan sebulat suara betapa pentingnya peristiwa ini: kebenaran akhirnya telah disampaikan kepada seluruh dunia! Mereka yang hadir, termasuk penceramah terkenal, tokoh awam, diplomat, dan perwakilan pelbagai organisasi, menyuarakan persetujuan mereka. Mereka juga menunjukkan kesediaan sebenar untuk membantu dan mengambil bahagian dalam penyebaran maklumat ini secara meluas dan sebagai persiapan untuk acara global berskala besar, "MASYARAKAT. PELUANG TERAKHIR. 2020".

Rangkaian sosial global semakin popular dengan hashtag #allatraunites, yang dirancang untuk menarik perhatian seluruh masyarakat dunia kepada inisiatif global yang unik mengenai masa depan semua orang! Idea ini memberi inspirasi kepada para peserta acara dari berbagai negara di dunia untuk bertindak, kerana inisiatif antarabangsa ini adalah jalan keluar sebenar dari krisis moden dan jalan buntu bagi seluruh umat manusia! Sekarang, kami mempunyai peluang untuk melakukan yang terbaik, untuk memastikan masa depan yang positif dan universal menjadi kenyataan!

Ulasan video: