Nilai Kehidupan Manusia adalah Fokus Utama Masyarakat Kreatif

23 November 2021
Komen


Ценность жизни Человека — главный ориентир Созидательного общества

Hari ini, majoriti penduduk dunia berada jauh dari keadaan hidup yang terbaik. Kebanyakan di khalayak ramai menanggung kekurangan, sekatan, kadar peratusan yang hidup di bawah garis kemiskinan semakin berkembang pesat. Kelaparan, penyakit, masalah dengan air minum, perang, kehancuran, pelarian iklim, kematian disebabkan tahap perubatan yang rendah, kanak-kanak yang ditinggalkan dan tidak diingini oleh sesiapa, kerja berat yang berterusan dengan sedikit gaji atau sebaliknya, kekurangan pekerjaan sebagai cara untuk bertahan, dan kadar cukai yang tinggi dikenakan atas semua yang disediakan untuk kegunaan — semua ini berlaku di mana-mana sahaja pada abad ke-21 yang “bertamadun” ini, di zaman yang teknologi tinggi dan penuh dengan penemuan saintifik. Semua ini disebabkan oleh format hubungan pengguna apabila taraf kehidupan berbilion manusia menurun, dan hak asasi manusia dilanggar dalam perlumbaan mengejar keuntungan yang tidak berperikemanusiaan dan berterusan meraih kekayaan oleh golongan minoriti.

Pada masa sekarang terdapat undang-undang untuk hak dan kebebasan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Tetapi pada hakikatnya, konsep kehidupan bernilai manusia masih tetap pada tahap teori sahaja. Dalam bidang praktik di mana-mana negara, organisasi keselamatan awam, perubatan, pendidikan, dan sejenisnya hanya bertujuan untuk memastikan kehidupan beberapa individu tertentu dan ekonomi yang ditumpukan khas buat kesejahteraan individu ini, serta faktor-faktor lainnya, tetapi tidak untuk memenuhi keperluan setiap warganegara yang lainnya. Malangnya, peningkatan taraf kehidupan penduduk bukanlah matlamat utama.

Sebilangan besar penduduk planet kita terus bermimpi tentang penyediaan penjagaan kesihatan yang berkualiti, pendapatan lumayan yang stabil, dan memenuhi keperluan asas untuk kehidupan mereka dan keturunan mereka. Namun, kenyataan itu membawa mereka kembali berlari mencari makanan untuk keluarga mereka, meninggalkan mereka berpuas hati cuma dengan hanya bermimpi untuk hidup dengan keadaan yang lebih baik. Dalam dunia sekarang, seseorang hidup hanya untuk dirinya. Sekiranya kita melihat keperluan populasi sekarang, sebenarnya mereka tidak meminta apa-apa berlebihan, yang terlampau, atau yang mustahil. Mereka hanya mahu apa yang sepatutnya menjadi milik mereka dengan betul. Mereka menginginkan keamanan di dunia, hak dan peluang yang sama, kemakmuran material yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas.

Krisis terbaru akhirnya mendedahkan masalah oleh masyarakat pengguna. Sekarang semua manusia faham bahawa keadaan ini tidak dapat berlanjutan dan sesuatu harus diubah. Banyak yang mencari format pemikiran baru dan nilai panduan baru.

Setelah mempertimbangkan idea-idea dari Masyarakat Kreatif, saya merasa sesuai dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh projek ini, dan memahami semua kepentingan pelaksanaan format baru iaitu hubungan erat sesama manusia dalam skala global. Selain itu, saya tidak dapat menyebut yang lain selain dari tapak tiang asas untuk membinanya, yang merupakan lapan tapak asas Masyarakat Kreatif. Apa yang menjadi dasar sesuatu masyarakat sebenarnya adalah menetapkan vektor aktiviti dari semua arah, dan, seterusnya, menentukan kualiti hidup masyarakat itu sendiri dan juga setiap individu di dalamnya. Dalam artikel ini, kami ingin membincangkan kepentingan asas pertama — Kehidupan Manusia.

Asas pertama Masyarakat Kreatif: Kehidupan manusia.

Первая основа Созидательного общества: Жизнь Человека

Membiasakan diri kita dengan lapan asas Masyarakat Kreatif, kita melihat bahawa pada asas pertama topik mengenai nilai kehidupan setiap seseorang diberi tempat yang sesuai. Sekiranya kita mendalami inti pelajaran ini, kita memahami bahawa dalam keadaan ini, perkembangan apa pun, bidang apa pun, aktiviti apa pun, tidak kira apa yang kita ambil, segala sesuatu dalam masyarakat akan ditujukan terutamanya untuk meningkatkan kehidupan setiap manusia. Hanya dalam masyarakat seperti itu, berdasarkan nilai kehidupan manusia, semua panduan lain akan sesuai. Ini bermaksud, kewujudan orang miskin, lapar, ditinggalkan, dan yang sakit akan diketepikan. Kehidupan setiap manusia akan berada di atas segalanya, dengan jaminan untuk memenuhi keperluan mereka, dengan upah yang tinggi, dan dengan tahap kesihatan yang sama tinggi dan berpatutan. Begitu juga, tidak akan ada bermula peristiwa untuk konflik atau keganasan, apalagi perang apa pun.

Mengambil kira keadaan kemanusiaan moden kita dengan kecenderungan terhadap format hubungan pengguna; dengan mengambil kira banyak peristiwa yang berlaku di dunia yang terkenal dengan anti-manusia yang ditujukan terhadap seorang manusia, kehidupannya dan kehidupan berjuta-juta manusia, kata-kata yang disebutkan di atas dari landasan pertama terserlah dengan kemanusiaan mereka dan jauh di dalamnya terdapat intipati. Ia pasti relevan pada masa sukar kita. Walaupun hanya membaca dari sejarah mereka sahaja, anda sudah menyedari bahawa membina Masyarakat Kreatif sangat diminati oleh orang-orang yang sudah cukup menderita. Bagi kita semua, Masyarakat Kreatif mewakili erti garis kehidupan yang berbahaya di lautan pergolakan dan kesusahan dalam masyarakat pengguna.

Pada masa kini, umat manusia sedang melalui pelbagai ujian dalam pelbagai kekangan dan krisis, tetapi, sebenarnya, itu adalah satu ujian — untuk tahap kemanusiaan kita, untuk persediaan kita untuk bergabung dan bersatu. Masyarakat sendiri mesti memutuskan sama ada ia dapat bersatu dan bergabung ke arah yang betul. Tahap kematangan manusia telah tiba, ketika banyak orang sudah bangun, melihat gambaran dunia ini dan mencari jalan untuk mengubahnya. Kisah Silam dalam melaksanakan pembinaan Masyarakat Kreatif sudah ada. Kita berada di ambang perubahan besar dalam tamadun kita.

Pada ketika ini, kita semua harus menyedari bahawa komponen asas masyarakat itu sendiri adalah Umat Manusia, setiap manusia: kita semua. Kita yang mewujudkan masyarakat ini dan kita yang menentukan vektor perkembangannya. Kita tidak boleh meninggalkan tanggung jawab kita sebumbung dan sebuah keluarga yang bersatu — Manusiawi. Tidak perlu menunggu masa yang lebih baik dari sekarang, kita sudah boleh memulakannya hari ini.

Allatraunites | Созидательное обществоAdakah kita ingin mewujudkan sebuah masyarakat yang secara utamanya mengenepikan konflik, perang, dan penyebab peristiwa yang melanggar keselamatan mana-mana penduduk planet kita? Adakah kita ingin mewujudkan sebuah masyarakat di mana penjagaan kesihatan berada pada tahap tertinggi, mudah diakses oleh semua orang? Sudah tentu kita mahu. Setiap manusia yang munasabah mahukan masyarakat ini. Semua kita berhak mendapat masyarakat sebegini dari hak kelahiran kita. Masyarakat Kreatif adalah jaminan bahawa semua manusia dilahirkan sama dan hidup dalam keadaan yang adil serta kebebasan sedemikian adalah mungkin.

Kita ada pilihan. Kita boleh terus wujud dalam masyarakat pengguna dengan kemunduran mutlak dan kekurangan hak mutlak dan kebebasan, tanpa habis — penghancuran diri sendiri. Atau kita boleh memilih jalan yang berbeza untuk membangun Masyarakat Kreatif baru dengan fokus yang dominan untuk memelihara kehidupan setiap orang, kesihatan, keselesaan dengan faedah yang penting. Inilah dua jalan yang ada di hadapan dunia. Salah satu daripadanya telah berlalu selama berabad-abad dan ribuan tahun, dan sedang berleluasa sekarang. Format pengguna telah menunjukkan cukup banyak kebuntuan yang telah kita capai sebagai umat manusia. Manusia tidak boleh lagi hidup seperti ini.

Cara lain adalah membina Masyarakat Kreatif, yang akhirnya akan membawa kepada Masyarakat Ideal. Walau bagaimanapun, Masyarakat Kreatif itu sendiri telah membuka kepada kita cakrawala kebebasan, persamaan, tanpa kelas sosial dan ketidak adilan. Ini memberi peluang kepada semua manusia untuk hidup dengan selamat, memberikan keyakinan pada masa depan dengan jaminan pemeliharaan hidupnya dalam keselamatan yang lengkap.

Beberapa manusia belum sepenuhnya menyedari kehebatan jalan yang disebut “Masyarakat Kreatif” untuk umat manusia. Ini adalah era baru bagi seluruh umat manusia, yang akan menerangi kita semua dengan tanda perubahan yang lebih baik. Hanya dengan jalur seperti ini, manusia akan dapat bertahan. Hanya dengan cara seperti ini, kehidupan setiap orang akan dihargai dengan betul, memberikan semua cara-cara kepada semua orang untuk kewujudan mereka yang bahagia. Hanya cara seperti itu yang benar-benar dapat menghentikan semua perang, dengan jelas menghilangkan berlakunya sebarang peristiwa negatif. Ini adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa mereka yang hidup sekarang, dan seterusnya memberikan kehidupan yang bahagia kepada berbilion-bilion keturunan kita. Misi besar jatuh pada generasi moden: untuk membina masyarakat untuk Manusia. Marilah kita layak digelar Manusia dan Kemanusiaan. Marilah kita memberi masa depan yang indah kepada keturunan kita. Marilah kita memberi platform untuk terus melangsungkan tamadun kita.

Ini adalah rayuan kepada anda, kepada anda yang membaca baris ini, kepada masyarakat kita, kepada seluruh umat manusia. Tidakkah anda ingin melupakan semua kebimbangan untuk hari esok, untuk diri sendiri, untuk orang tersayang, untuk menyelesaikan masalah dengan tempat kediaman dan makanan? Lagipun, ini adalah sebahagian kecil dari apa yang anda dan setiap golongan dalam Masyarakat Kreatif terjamin untuk menerima. Sekarang anda mempunyai peluang sebenar untuk menyumbang kepada perkara ini. Setiap manusia yang secara aktif mengambil bahagian dalam membangun Masyarakat Kreatif, yang bertindak untuk kepentingan masyarakat dan oleh itu untuk kepentingan setiap manusia, sudah mendapat sokongan dari seluruh dunia, sebuah komuniti dunia yang besar. Terdapat banyak ahli yang acuh tak acuh. Mereka yang belum bersama kami, belum mengetahui alternatif ini tetapi sudah mencari maklumat yang relevan dan jawapan yang diperlukan untuk bertindak ke arah yang betul. Kita harus menyampaikan kepada mereka bahawa ada jalan keluar, bahawa di mana-mana di seluruh dunia ada gerakan manusia yang prihatin ke arah masa depan kita untuk kebahagiaan bersama. Sudah masanya masing-masing bersama kita akan menyaksikan permulaan kebangkitan masyarakat baru ciptaan, kehebatan, kehormatan, keadilan, dan kebebasan. Sebagai salah satu peserta membina Masyarakat Kreatif, kita masing-masing dengan bangga dapat melihat di mata keturunan kita, meninggalkan mereka warisan dunia baru yang megah.

Kemajuan mungkin berlaku apabila manusia bersatu untuk tujuan bersama. Walaupun tujuan utama kami adalah untuk datang ke Masyarakat Ideal melalui Masyarakat Kreatif. Masa depan umat manusia terletak hanya pada diri kita sendiri, dalam perpaduan kita menuju matlamat yang disertai dengan pilihan yang sama. Semoga hati kita bersatu dalam usaha kita mengubah dunia menjadi lebih baik! Semoga perlindungan hidup dan kesejahteraan semua di dunia ini menjadi matlamat penting masyarakat baru! Semoga ada Masyarakayt Kreatif dimana setiap warga negara keluarga yang hebat ini akan mendapat kebahagiaan dan keyakinan di masa depan!

Alex Friedman

Tinggalkan komen
MASYARAKAT KREATIF
hubungi Kami:
[email protected]
Sekarang setiap dari kita boleh melakukan lebih banyak perkara lagi
Masa depan tergantung daripada pilihan diri setiap individu!