Persidangan dalam talian antarabangsa “Masyarakat Kreatif, Bersatu Kita Boleh” dimulakan oleh para peserta PAA ALLATRA dari AS dan secara serentak diterjemahkan ke dalam lebih dari 30 bahasa oleh sukarelawan dari seluruh dunia. Berjuta-juta orang telah melihat dan akan menyaksikan acara agung ini, kerana ia disiarkan di ribuan saluran di semua rangkaian sosial dan platform dalam talian diserata dunia.
Dengan contoh dari mereka sendiri, peserta telah menunjukkan kekuatan penyatuan kuasa besar di sekitar satu tujuan — membina Persatuan Kreatif. Adalah tidak mustahil untuk menganjurkan dan mengadakan acara seperti yang belum pernah dilihat oleh dunia sebelumnya hanya dengan tindakan usaha bersama.
Itu bukan perbincangan kecil di tuturkan hanya di dapur lagi. Kami bercakap dengan suara lantang ke seluruh dunia. Golongan kita ada terlalu banyak untuk berdiam diri. Kita tidak perlu meminta izin untuk berkumpul dan mula bercakap.
Kami telah melihat realiti masyarakat pengguna dan kami menyedari bahawa ia tidak berfungsi, ia adalah suatu jalan buntu. Kita perlu melakukan yang terbaik supaya maksudnya dipahami dengan baik juga. Kami sedang dalam usaha mencipta sesuatu yang sudah lama kedatangannya 6,000 tahun. Projek Masyarakat Kreatif adalah salah satu idea paling unik yang pernah dilihat dimuka bumi ini.
Lihat, ketika seseorang berkata, "Oh Steve, dengan Persatuan Kreatif Anda, siapa yang berada di belakang Persatuan Kreatif?" Tiada siapa. Lihat, saya berdiri di sebelah orang di seluruh dunia. Saya berdiri di sebelah seseorang dari seluruh dunia, saya tidak memimpin sesiapa pun, saya tidak mengikuti siapapun. Saya berdiri di sebelah saudara dan saudari saya. Ini semua keluarga saya — Persatuan Kreatif.
Persidangan tersebut mengecam sistem format penghambaan masyarakat pengguna yang telah dibina sejak 6,000 tahun yang lalu. Peperangan, keganasan, rasuah, kekuatan segelintir orang yang berjuta-juta, kelaparan dan kemiskinan — inilah yang telah kita hadapi hari ini. Mereka tidak membicarakan perkara ini di media, bukan sesuatu perkara biasa untuk membicarakannya di masyarakat. Tetapi untuk berapa lama lagi kita boleh terus berdiam diri melihat apa yang berlaku di sekitar? Bagaimanapun, jika kejahatan disembunyikan, maka ia akan menjadi berlipat kali ganda.
Bolehkah kita mengubahnya? Sekiranya kita dapat membina masyarakat pengguna, maka kita dapat membina sebuah Masyarakat Kreatif. Tanggungjawab untuk kehidupan seluruh masyarakat terletak pada se setiap orang!
Perkembangan dari segi Kemanusiaan adalah salah satu tema utama dalam persidangan Masyarakat Kreatif.
Dengan menggunakan contoh yang jelas, para profesional dari pelbagai bidang menunjukkan bagaimana kehidupan dapat berubah bagi setiap kita di Masyarakat Kreatif dan menceritakan tentang peringkat membina sebuah Masyarakat Kreatif ini.
Pentingnya kesatuan seluruh umat manusia mengenai idea ini dan langkah-langkah sebenar yang dapat diambil oleh setiap orang untuk mendapat titik persamaan di masa hadapan.
Persatuan Kreatif akan memberi semua orang hak yang sama dan peluang yang tidak terbatas untuk memenuhi keperluan diri kita. Ini akan mengembalikan semua faedah buat diri kita dan anak-anak kita dari segi keselamatan serta mendapat pakej sosial yang lengkap. Politik, sebenarnya, akan menjadi alat komunikasi dan penyatuan antarabangsa, ia akan mendorong persahabatan antara negara. Undang-undang dalam Persatuan Kreatif akan menjamin pemenuhan kepentingan setiap manusia kerana akan berdasarkan 8 asas dari Masyarakat Kreatif.
Bagaimana jika ada didunia di mana semua manusia mendapat makanan percuma, perubatan kesihatan percuma, pendidikan percuma dan kualiti hidup yang baik? Bagaimana jika didunia ini di mana manusia adalah nilai utama — tidak ada yang melebihi manusia, tidak ada manusia yang berada di bawah yang lain? Ini bermaksud kuasa, negara, polis, tentera, agama — semuanya melayani manusia dan tidak melebihi manusia. Dan pada masa yang sama semua manusia menghormati kesaksamaan.
Masyarakat pengguna adalah masyarakat yang dikuasai oleh ketakutan, syarat untuk pembentukan ketidakberdayaan, sementara Masyarakat Kreatif adalah keadaan cinta dan sokongan, keadaan di mana segala sesuatu dan semua orang berjaya. Apa yang akan kita pilih: cinta atau ketakutan? Semasa memilih ketakutan, seseorang tidak bertindak. Semasa memilih cinta — cinta untuk diri sendiri, untuk anak-anak seseorang, untuk orang dekat, untuk orang di sekitar — seseorang bertindak.
Sahabat yang dikasihi, sekarang kita mempunyai peluang unik untuk membina sebuah Masyarakat Kreatif. Untuk melakukan ini, semua orang di planet ini perlu belajar mengenai inisiatif ini dan membuat pilihan. Bersama-sama kita memaklumkan kepada semua rakan dan kenalan kita mengenai Masyarakat Kreatif, dengan menggunakan cara komunikasi pribadi semasa pertemuan, kenalan dalam buku telepon, rangkaian sosial, laman web, saluran YouTube dan cara lain untuk memberi maklumat. Sekarang bergantung kepada setiap orang seberapa cepat semua umat manusia akan diberitahu!
Dan terima kasih kepada peserta aktif projek ini, manusia akhirnya mempunyai pilihan jenis masyarakat yang mereka mahu diami — pengguna atau kreatif? Kerana, apabila anda tidak tahu apa itu Masyarakat Kreatif, bagaimana anda dapat memilih antara kedua masyarakat tersebut? Dan yang paling menarik adalah bahawa banyak orang mengatakan bahawa mereka telah mengimpikan masyarakat seperti itu sepanjang hidup mereka dan mereka bersedia untuk bertindak.
Tetapi jika kita bekerjasama, kita dapat membina masyarakat kreatif dalam masa yang singkat. Tidak akan lama. Terdapat begitu banyak orang yang berkumpul di sini hari ini!
Oleh itu, katakan satu orang akan memberitahu lima, dan lima orang ini akan memberitahu mereka lima lagi, jadi sudah 25. 25 ini sudah boleh membicarakannya dengan angka 125. Dan dengan menggunakan urutan geometri, kita boleh datang dengan jumlah berapa hari dan sedikit lebih dari 14 hari! Bayangkan 14 hari akan cukup untuk memberi tahu seluruh umat manusia dan mereka semua akan mengetahui mengenai Masyarakat Kreatif!
Saya mengambil buku telefon saya. Saya terkejut kerana mempunyai lebih daripada 800 orang dalam buku telefon saya. Saya mula menghantar mesej kepada mereka. Mesej satu baris. “Kehidupan manusia adalah paling utama! Sekiranya anda bersetuju, anda boleh menyemak lebih lanjut.” Itu sahaja. Minggu kedua saya menghantar mesej lain. “Keselamatan manusia untuk semua. Sekiranya anda suka, jika anda bersetuju, kita boleh berbual lebih jauh.” Seperti ini. Lapan minggu satu demi satu saya terus menghantar semua cadangan ke Masyarakat Kreatif untuk membina dunia yang berperikemanusiaan. Banyak dari mereka mendapat ganjaran, pada masa akan datang. Tetapi saya sangat gembira kerana saya benar-benar menyumbang untuk membina dunia yang lebih baik. Marilah kita berganding bahu dalam mewujudkan Bumi dan Masyarakat Kreatif yang berperikemanusiaan! Terima kasih!